
Goo.gle pic
Betapa luasnya ilmu Allah ni kalau ditulis dengan mata pena berdakwatkan tujuh lautan sekalipun takkan habis ilmu itu ditulis bahkan hanya setitis daripada ilmu-Nya yang Maha luas.
Sebagai manusia dan sebagai khalifah Allah di muka bumi, kita dituntut untuk mempelajari ilmu dan kemudian mengamalkannya. Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah memang wajib dipelajari. bagaimana pula dengan ilmu-ilmu lain???
Ilmu menjahit, ilmu seni kraf, ilmu menyulam misalnya??
Ilmu dapat diperolehi melalui buku/kitab, berguru, pengalaman sendiri/org lain dengan menggunakan 5 (atau 6?) pancaindera yang Allah kurniakan.
Kenapa tetiba nak bercakap macam serius jer ni? Bukan apa.. bila difikirkan balik.. alangkah sayangnya kalau ilmu-ilmu kemahiran ni tidak dipelajari. Walaupun perlu dibayar sikit atau banyak apalah salahnya?? Dan kalau tak amalkan sekarang pun mungkin boleh diamal suatu hari nanti..
Ada seorang kawan yang dulu buat Master di luar negara (dah sambung PhD pula) pernah berkata, dia merasa rugi tidak ambil peluang menghadiri pelbagai seminar/kelas dll yang berkaitan dengan parenting (salah satu cabang ilmu) yang takde kat Malaysia ni. Dan seorang kawan yang lain pula (crafter) bersungut betapa ruginya dia tak join kelas quilting masa duduk di Amerika dulu walhal kat sana lagi advance. Biasalah kan... bila dah terlepas dari tangan baru nak dikenang-kenang.
So, aku ambil iktibar itu tak nak lepaskan peluang yang ada. Seboleh mungkin dan aku akan berusaha untuk menambah ilmu dan kemahiran tidak kiralah percuma atau berbayar. Percuma tu maksudnya, aku tumpang2lah belajar bila buat program utk orang lain. Dah kerja aku kena buat program kan. Contohnya, tahun lepas aku dapat ilmu urutan Refleksologi. Yang untung sapa? cik abang aku ler.. betapa terror nya (sesi memuji diri sendiri- haha) aku mengurut tapak kaki dia tu sampai kena urut tiap2 malam. Tapi sudahnya aku ler yg x larat sebab sapa pulak nak urut tapak kaki aku ni? haha.. tapi itu bukan isunya..
Tahukah anda urutan Refleksologi skrg ni dikenakan bayaran standart RM25 utk setengah jam @ 30 minit. Haaa.. tak ke untung tu kalau ada kemahiran tu? Esok2 kalau nak tambah pendapatan boleh bawa bangku sebiji duk kat tepi pantai boleh wat refleksologi.... (itu kes kalau aku tak kerja 8 to 5 la). Ataupun sekali urut cik abang boleh caj dia RM25...hahaha
Target utk 2010 ni pula nak belajar menjahit langsir walaupun berbayar (tapi murah je pun). Memang kena berguru juga sebab cubaan gunakan tutorial dan nota hasilnya tak menjadi. Esok2 kalau dah pandai boleh ler jimat duit beratus-ratus upah jahit langsir macam kakak aku upah. hehe..
Yang aku pelik sikit tu kan.. bukan sikit la kelas2 dan kursus2 kemahiran yang disediakan oleh kerajaan (tak kira la kerajaan apa ok.. aku bukan nak berpolitik). Ada yang free ada yang kena bayar ciput jer.. Tapi MALANGnyer orang kita ni tak nak ambil peluang tu. Asyik nak tunggu duit turun dari langit jer. Kalau la buat pelaburan sikit belajar skill tu, kemudian hari boleh tambah pendapatan berganda-ganda.
Yang lagi MALANG semalang-malangnya, program free pun berdolak dalih nak attend. Tempat tinggal, makan, kursus semua free. Kena datang jer.. Siap ada taklimat pembiayaan lagi kalau nak buat business dgn kemahiran tu nanti. Tu pun tak nak... Pelik betul aku!